Kelas Asas ICT MS Powerpoint

25 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Ogos 2019 yang lepas, Pusat Internet (PI) Sibujaya mengadakan Kelas asas ICT MS Powerpoint di bilik latihan PI Sibujaya yang dihadiri oleh 3 orang belia. Kelas berlangsung pada jam 1:30 petang sehingga 5:00 petang yang mempelajari asas penggunaan Microsoft Powerpoint untuk kegunaan harian.

Kelas ini juga mengajar para peserta cara-cara mudah untuk menggunakan perisian MS Powerpoint, yang bertumpu kepada membuat pembentangan dan berkongsi tips-tips menghasilkan pembentangan yang menarik dan berkesan. Selain itu, perkongsian KDB dan Advokasi turut diadakan untuk memupuk penggunaan internet secara positif.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali